
Tukar kecerahan paparan Mac anda
Anda boleh laraskan kecerahan paparan anda secara manual atau automatik.
Gunakan kekunci fungsi kecerahan
Jika skrin kelihatan terlalu terang atau terlalu gelap, anda boleh melaraskan kecerahan paparan anda.
Pada Mac anda, tekan
atau
(atau gunakan Control Strip).
Laraskan kecerahan secara automatik
Jika Mac anda mempunyai sensor cahaya ambien, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Aktifkan “Laraskan kecerahan secara automatik”.
Jika anda tidak melihat pilihan “Laraskan kecerahan secara automatik”, anda boleh melaraskan kecerahan secara manual.
Menyahaktikan kecerahan auto mungkin mempengaruhi hayat bateri, penggunaan tenaga dan prestasi paparan jangka panjang.
Laraskan kecerahan secara manual
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Paparandalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Seret gelangsar Kecerahan untuk melaraskan kecerahan paparan anda.
Bergantung pada jenis paparan disambungkan ke Mac, anda juga mungkin melihat gelangsar Kontras yang anda boleh gunakan untuk melaraskan kontras paparan.
Jika paparan anda lambat untuk mencapai kecerahan penuh
Jika paparan Mac anda lambat untuk mencapai kecerahan penuh, cuba penyelesaian ini.
Berikan paparan masa untuk pemanasan.
Pastikan kecerahan paparan tidak dinyahaktifkan. Tekan
untuk menyemak atau melaraskan paras kecerahan.
Aktifkan sensor cahaya ambien supaya Mac anda dapat melaraskan kecerahan berdasarkan keadaan pencahayaan ambien semasa secara automatik. Pilih menu Apple
> Seting Sistem, klik Paparandalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah), kemudian aktifkan “Laraskan kecerahan secara automatik” atau “Pampasan cahaya ambien”.
Buka seting Paparan untuk saya
Pilihan ini muncul hanya jika Mac anda mempunyai sensor cahaya ambien.
Untuk maklumat tertentu tentang kecerahan paparan anda, semak dokumentasi yang disertakan dengan paparan anda.